DramaSlot Lestary TV3

Drama Diva Seroja

Drama Diva Seroja akan ditayangkan pada 9 Jun 2023 pada setiap hari Khamis-Sabtu jam 9.00 malam di Slot Lestary TV3.

Sinopsis Diva Seroja

Sebuah kumpulan pelajar yang berbakat dalam seni dan sukan, Diva Seroja, terkenal di kalangan pelajar dan guru Sri Seroja. Mereka terkenal bukan hanya kerana bakat mereka, tetapi juga perangai mereka yang nakal dan sering mencetuskan kekacauan di sekolah.

Diva Seroja terdiri daripada lima pelajar, iaitu Amanda, Maya, Vivi, Shanty, dan Leyla. Mereka memiliki latar belakang keluarga yang berbeza dan sering menghadapi masalah di sekolah kerana membawa masalah keluarga mereka. Setiap hari, ada sahaja masalah yang timbul di sekolah!

Perpindahan Cikgu Azlan, seorang guru yang memahami Diva Seroja yang sedang berubah dewasa, menyebabkan mereka memberontak kerana tidak mahu kehilangan guru kesayangan mereka. Cikgu Azlan digantikan oleh Cikgu Suzila, seorang guru yang lembut dan penyayang.

Cikgu Suzila berjaya menarik minat semua ahli Diva Seroja untuk menyertai kelab kebudayaan. Mampukah mereka menerima kehadiran Cikgu Suzila dan mengubah tingkah laku mereka menjadi lebih baik? Adakah Cikgu Suzila dapat membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh mereka?

Pelakon Diva Seroja

Harissa Adlynn Halim, Amanda Tan, Fasha Sandha, Puteri Balqis Ashikin, Syazuwan Hassan, Shazia Rozaini, Nur Amira Syahira, Nasz Sally, Nafiz Muaz, Kashika Selvam.

Drama Diva Seroja

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 9 Jun 2023
Hari: Khamis-Sabtu, 9.00 malam
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button