DramaTV Okey

Drama Dia Adelia

Sinopsis Dia Adelia

Gina rimas dengan sikap Irhan yang terlalu cerewet dan terlalu menjaga imej serta penampilannya. Pada masa sama Gina tidak selesa dengan tindakan ibu Irhan, Datin Rania yang sentiasa mengongkong pergerakan teman lelakinya itu. Sementara itu di UK, Dia Adelia pelajar Malaysia di sana mula mempromosi pakej pelancongan yang ditawarkan pihaknya sebagai cara untuk mencari pendapatan tambahan bagi membantu kewangan ibunya di kampung.

Irhan pula semakin resah apabila Gina tidak menjawab mesej dan panggilannya tanda protes dengan sikap dingin Datin Rania terhadap dirinya. Irhan terus memujuk ibunya, Datin Rania agar membenarkan beliau bercuti dengan Gina. Walau bagaimanapun Datin Rania tetap dengan keputusannya tidak membenarkan Irhan bercuti bersama Gina. Irhan kemudiannya memutuskan untuk menenangkan fikiran dengan bercuti ke UK berseorangan dan juga sebagai bukti yang beliau mampu berbuat demikian. Datin Rania mula risau kerana Irhan tidak pernah berjauhan dengannya.

Dalam pada itu, Gina sering meminta bantuan Refal apabila keretanya rosak dan Irhan tersalah anggap tentang situasi yang berlaku. Irhan menuduh Refal sebagai ‘musuh dalam selimut’. Namun Refal segera memperbetulkan kenyataan dirinya hanya membantu Gina. Irhan lega dengan alasan itu. Irhan memaklumkan pada Datin Rania yang beliau telah tiba di destinasi percutian. Irhan mendapatkan khidmat Adelia sebagai pemandu pelancong sepanjang dirinya di UK.

Namun pada masa sama Adelia turut membawa Razlan, Miss June dan Razi turut serta dalam pakej lawatannya. Ibunya sempat meninggalkan pelbagai pesanan buat Irhan. Ketika itu juga Irhan memarahi Adelia kerana beliau pengsan selepas dibawa ke kawasan pelancongan yang agak seram dan menakutkan. Adelia menyalahkan dirinya namun Razlan segera menenangkan Adelia. Hubungan Adelia dan Razlan mulai berkembang dan rapat.

Sepanjang mengikuti percutian ke UK, Irhan banyak menimbulkan masalah hingga memeningkan orang-orang di sekelilingnya. Namun lawatan itu memberikan hikmah sebaliknya kepada Irhan kerana berjaya membuka hatinya untuk menitikberatkan soal ibadah dan solat berjemaah. Pengaruh baik itu dibawakan oleh kumpulan dari Malaysia yang dibawanya itu.

Miss June yang sentiasa bergaduh dengan Irhan sepanjang berada di sana mula berbaik-baik dengannya. Begitu juga dengan Adelia yang kemudiannya dilihat rapat dengan Irhan. Irhan mula serba salah bila Gina yang pernah memutuskan hubungan mereka muncul semula. Ia dibantah keras oleh Datin Rania kerana pada masa sama dia telah pun mempunyai calon isteri yang sesuai untuk Irhan.

Refal pula mendesak Irhan berbaik dengan Gina. Namun sebaliknya Irhan mahu berfikir panjang terhadap perkara tersebut apatahlagi bila mengenangkan hatinya kini telah berjaya dicuri oleh seseorang yang mula rapat dengannya. Hubungan Irfan dan Adelia semakin rapat sejak Irhan membantu menaja penginapan kumpulan mereka ketika di UK ketika penerbangan ke Malaysia tertunda.

Apabila tiba di Malaysia Miss June memperkenalkan Suraya, anaknya kepada Razlan. Razlan malu kerana salah sangka wanita itu mahu memikatnya sebaliknya dia berkenan Razlan menjadi menantunya.

Razlan pula meminta Irhan supaya membantu Adelia yang berdepan masalah kewangan menaja kos pembedahan adik Adelia yang perlu dibedah segera. Irhan memenuhinya tetapi kemudiannya Datin Rania mengamuk bila mengetahui Irhan membantu Adelia. Berjayakan Irhan meyakinkan Datin Rania dengan pilihan hatinya? Bagaimana pula dengan Gina yang terus-terusan menagih cintanya kembali?

Pelakon Dia Adelia

Eyka Farhana, Fadlan Hazim, Azrel Ismail, Liza Abdullah, Riz Amin, Azar Azmi, Amyza Aznan

Drama Dia Adelia

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 30 Disember 2019
Hari: Isnin-Ahad, 10:00 malam
Siaran: TV Okey (RTM)

Related Articles

Back to top button