DramaSlot Lestary TV3

Drama Delina

Sinopsis Delina

Mengisahkan seorang pelajar perempuan bernama Delina. Delina adalah pelajar perempuan yang paling cantik dan comel di sekolahnya, tetapi dia juga seorang yang sangat angkuh. Satu hari, Delina telah disumpah oleh seorang nenek kebayan. Saiz badannya mengecil dan hanya sekecil seperti Thumbelina.

Namun, bagi melumpuhkan sumpahan itu, Delina perlu memenuhi lima tugasan. dan kembali menjadi normal. Lima tugasan itu, telah diberitahu oleh Nenek Kebayan itu dalam bentuk pantun kunci, iaitu Delina hendaklah mencari Kejujuran, Kemaafan, Kasih Sayang, Percintaan dan Pengorbanan.

Mampukah Delina menjalani kehidupannya sebagai seorang kerdil? Dapatkah Delina menyempurnakan kelima-lima tugasan Nenek Kebayan itu? Mampukah dia kembali menjadi normal?

Pelakon Delina

Ezatty Abdullah, Fadlan Hashim, Zara Zya, dan Aedy Ashraf

Drama Delina

Jumlah Episod: 13
Hari: Rabu
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button