DramaSlot Samarinda TV3

Drama Cukup Derita Itu 2

Sinopsis Cukup Derita Itu 2

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah. Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya.

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran, seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi, Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan sebelum perkahwinan itu berlangsung.

Zarul hilang ingatan dan tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula.

Namun, demi kebahagiaan Datin Mahani yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam Mak Ngah Gayah dan Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan mengejar semula cinta Ellana hingga sanggup menceraikannya melalui SMS.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?

Pelakon Cukup Derita Itu 2

Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Lia Natalia, Didie Alias, Dian P Ramlee, Rosnah Johari, Samsuri Shahrom, Jasmin Hamid, Sera Melissa, Mubarak Majid, Fahrin Ahmad, Farhan Asri

Drama Cukup Derita Itu 2

Jumlah Episod: 15
Tarikh: 15 November 2021
Hari: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarinda TV3

Related Articles

Back to top button