DramaTV1

Drama Cinta Untuk Raf

Drama Cinta Untuk Raf merupakan adaptasi novel karya Rabihah Nur Ridhuan dan disiarkan pada Isnin-Jumaat, 3.05 petang di Slot Bidadari TV1. Drama ini diarahkan oleh Zek Zukry manakala produksinya oleh Open Echo Communications Sdn Bhd

Sinopsis Cinta Untuk Raf

Manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan perkahwinan merupakan satu impian yang diidamkan oleh Orked dan Raf selama dua tahun. Walau Raf suka dipujuk dan bukannya memujuk, cinta mereka tetap kukuh. Namun, kebahagiaan mereka terjejas apabila skandal muncul di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya, yang rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang hilang.

Skandal ini menyebabkan keruntuhan rumah tangga mereka. Puan Aqilah memaksa Raf untuk menceraikan Orked apabila mengetahui pertalian di antara Tasya dan Orked. Tasya juga menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) yang menyukarkan keadaannya. Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi kerana hatinya yang luka. Namun, adakah Raf dan Orked mampu menerima takdir yang telah ditentukan buat mereka?

Pelakon Cinta Untuk Raf

Tina Rasid, Sasqia Dahuri, Dayana Jasmin, Kristina Vinokree, Shakira Stephen, Zarynn Min, Mustaqim Bahadon, Ema Akma, Idris Md Diah, Luqman Hafidz, Melissa Campbell, Dilla Ahmad, Tash Yong, Badrul Muhayat.

Drama Cinta Untuk Raf

Jumlah Episod: 26
Tarikh: 15 Februari 2021
Hari: Isnin-Jumaat, 3.05 petang
Siaran: Slot Bidadari TV1

Related Articles

Back to top button