DramaSlot Lestary TV3

Drama Cinta Hati Batu

Sinopsis Cinta Hati Batu

Berkisar tentang Anith Fitriah yang hanya mahukan sebuah kisah percintaan yang sempurna, tetapi akhirnya penderitaan yang diperolehinya. Perkahwinannya bersama Dzul Ehsan merupakan desakan dan aturan keluarganya hanyalah untuk melupakan bekas tunangnya, Nik Afezal yang terkorban dalam satu kemalangan.

Perkahwinan yang pada dasarnya atas niat yang murni, sebenarnya membebankan Anith kerana Ehsan merupakan seorang duda beranak satu Aya. Walau bagaimanapun, Anith dapat menyesuaikan dan melatih dirinya untuk menjadi seorang ibu yang penyayang.

Sungguhpun begitu, perkahwinannya bersama Ehsan terpaksa ditamatkan kerana perkahwinan mereka tidak bahagia. Ketika berduka itu, Anith bertemu semula dengan bekas tunangnya disangkanya yang telah meninggal, Nik Afezal. Anith mendapati bahawa kematian Nik Afezal beberapa tahun dahulu sebenarnya hanyalah satu helah keluarga Nik Afezal untuk memisahkan mereka.

Setelah tiga tahun bertemu kembali, Anith mula mencintai Nik Afezal semula. Walau bagaimanapun, Nik Afezal sebenarnya sedang menghidap penyakit kemurungan yang menyebabkannya sering bertindak diluar pemikiran yang waras. Dapatkah Anith menemukan percintaan yang sempurna seperti yang diinginkannya?

Pelakon Cinta Hati Batu

Aishah Azman, Ashraf Muslim, Fadlan Hazim, Nadzmi Adhwa, Fazreen Rafi, Indah Emeerlda, Nadiyah Shahab, Farisha Irwayu, Shahriza Mahmud, Sasqia Dahuri, Ardell Aryana, Mustaqim Bahadon, Fana Azizan, Ain Edruce, Ikhlas Jalil, Livonia Ricky Guing, Fadzil Hamdan, Azhar Amir, Mili Supina, Alif Hadi

Drama Cinta Hati Batu

Jumlah Episod: 20
Hari: Rabu & Khamis
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button