DramaSlot Samarinda TV3

Drama Bougainvillea

Sinopsis Bougainvillea

Kehidupan Aryanna dan Adrian yang bahagia bersama anak-anaknya di sebalik kesibukan Adrian terhadap kerjayanya. Adrian seorang workaholic namun Aryanna sangat memahami kesibukan Adrian biarpun adakala dia terasa hati dengan Adrian. Bibah dan Mimie tinggal di sebuah rumah kampung. Mimie selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki kaya, dan Bibah sentiasa beri sokongan. Mimie sangat mengagumi keuarga Adrian dan Aryanna. Hazira sangat rapat dengan keluarga Adrian dan Aryanna dan dia bebas untuk keluar masuk rumah pasangan itu, dan turut rapat dengan anak-anak mereka.

Perkahwinan bahagia Adrian dan Aryanna diuji ketika Aryanna mengalami kemalangan tragis dan koma. Adrian kemudian mengambil Mimie sebagai jururawat peribadi untuk menjaga Aryanna. Mimie menjaga dan menguruskan keperluan Aryanna dengan baik malah selalu membantu Mak Leha. Sikap Mimie begitu menyenangkan Adrian. Segala-galanya berubah apabila Mimie mula cemburu dan obses pada Adrian dan berangan untuk menjadi Aryanna. Mereka ditangkap khalwat dan perlu berkahwin tetapi Adrian masih mencintai Aryanna. Mimie mencari jalan untuk memisahkan mereka. Suatu hari, Aryanna bangun dari komanya dan berpura-pura hilang ingatan setelah dia mengetahui tingkah laku Mimie yang obsesif.

Pelakon Bougainvillea

Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish, Hanna Aqeela, Wan Nor Azlin, Kirana Batrisyia, Mior Darwish, Ameerul Asyraf, Ziema Din, Jasper Supayah

Drama Bougainvillea

Jumlah Episod: 15
Tarikh: 28 Disember 2020
Hari: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarinda TV3

Related Articles

Back to top button