Sinopsis Bercakap Dengan Jin
Siri Bercakap Dengan Jin ialah sebuah karya tulis yang dihasilkan oleh Tamar Jalis atau nama sebenarnya Ahmad Mahmud. Siri ini terdiri daripada 284 siri dalam tempoh 23 tahun 6 bulan dan menjadi satu rekod Malaysia. Banyak pihak membandingkan Tamar Jalis dengan penulis JK Rowling yang menulis siri Harry Potter.
Sebenarnya, Siri Bercakap Dengan Jin merupakan sebuah memoir autobiografi Tamar Jalis bersama datuknya iaitu Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Kira-kira 60 peratus isi kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalaman yang dialami oleh Tamar Jalis bersama datuknya semasa kecil dan remaja. Idea untuk menulis novel mistik SBDJ ini dilahirkan bagi meningkatkan jualan majalah Variasari. Pada masa itu, Tamar Jalis berusia 40-an dan bercita-cita untuk serius dalam penulisan.
Melihat pengalaman dan kisah benar bersama datuknya sebagai seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak, Tamar Jalis merasakan penting untuk merakamkan semua itu. Pengalaman melihat dan mendengar suara makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk jin memberi idea kepada beliau untuk menulis. Rumah Tamar Jalis bersebelahan dengan rumah datuknya dan menjadi cucu kesayangan. Setiap kali datuknya pergi mengubat mereka yang kerasukan jin, cucu itu akan dibawa bersama.
Siri Bercakap Dengan Jin menjadi begitu popular di kalangan pembaca di Malaysia dan luar negara. Karya ini memaparkan dunia mistik yang dianggap sebagai sesuatu yang menarik dan mendebarkan. Siri ini tidak hanya memberi gambaran tentang dunia mistik tetapi juga menunjukkan nilai-nilai murni seperti cinta kasih, keberanian, kejujuran dan kesederhanaan. Tamar Jalis berjaya menggabungkan kedua-dua elemen tersebut dengan harmoni dalam karya tulisnya.
Pelakon Bercakap Dengan Jin
Datuk Rahim Razali, Mohd Fikrie Aiman, A.Galak, Pekin Ibrahim, Octovia Manrose, Noryati.
Drama Bercakap Dengan Jin
Jumlah Episod: 13
Hari: Setiap Selasa
Siaran: Astro Prima