DramaTV9

Drama Aku Seorang Perempuan

Sinopsis Aku Seorang Perempuan

Mengisahkan tentang Siti Nor Aisya, seorang penyanyi muda yang sedang mengecapi populariti dan mempunyai ramai peminat yang menjadi sokongan kuat dalam kerjayanya. Siti Nor Aisya bertemu cinta dengan seorang pelakon popular, Fareez. Mereka berdua berkahwin atas dasar cinta. Bagi Siti Nor Aisya, dia sanggup mengorbankan kerjayanya yang sedang berada di puncak kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga.

Adriana ialah seorang pelakon yang berkawan baik dengan Fareez. Adriana mempunyai masalah dengan kekasihnya, dan sering menemui Fareez untuk meluahkan masalah. Hubungan mereka menjadi semakin akrab dan ia mula menimbulkan rasa tidak senang dalam hati Siti Nor Aisya. Mahligai cinta yang dibina mula goyah dan diduga. Akhirnya, Siti Nor Aisya diceraikan ketika anak mereka masih kecil. Dalam saat dia perlu bangkit dan mencari kekuatan untuk menyara anak kecilnya, Siti Nor Aisya diuji lagi dengan kehilangan teman baik sejak kecil iaitu Hakim yang juga teman seperjuangannya dalam bidang nyanyian. Bagaimanakah Siti Nor Aisya mencari kekuatan dalam hidupnya untuk terus berjuang?

Pelakon Aku Seorang Perempuan

Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Adriana Adnan, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Saidah Kamarudin, Mustaqim Bahadon, Fadh Majid, Puteri Sarah Liyana, Amai Kamarudin, Hasnul Rahmat, Johaa Sham, Elmy Moin, Sarah Dawud, Nor Albaniah, Aisha Sudin

Drama Aku Seorang Perempuan

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 19 November 2022
Hari: Sabtu & Ahad, 7:30 malam
Siaran: TV9

Related Articles

Back to top button