DramaAstro Ria

Drama Aku Bukan Bimbo

Sinopsis Aku Bukan Bimbo

Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya?

Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.

Tanpa disangka, Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.

Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.

Pelakon Aku Bukan Bimbo

Shaheizy Sam, Nadiya Nisaa, Zahiril Adzim, Afifah Nasir, Bell Ngasri, Shakilla Khoriri, Ardella Aryana, Falisha Crossley, Amai Kamarudin, Riezman Khuzaimi, Ardella Aryana, Falisha Crossley, Dottie, Dian P Ramlee.

Drama Aku Bukan Bimbo

Jumlah Episod: 20
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Astro Ria

Related Articles

Back to top button