Sinopsis Sentuhan Najwa
Kisah Najwa, seorang gadis remaja yang mengidap HIV+ sejak dilahirkan, membesar sebagai seorang remaja biasa dalam memburu impian dalam kehidupan tapi berdepan dengan diskriminasi rakan-rakan di kolej terutamanya Raihana, hingga muncul dua lelaki, Arman dan Yazi yang mungkin merubah takdir hidupnya.
Najwa yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya telah dibela oleh ibu saudaranya iaitu Mak Jenab dengan penuh kasih sayang. Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana kerana kemiskinan dan juga penyakit dihadapinya. Namun, Najwa selalu dijaga oleh ketua pengawas iaitu Arman yang mempunyai perasaan terhadapnya.
Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya. Namun nasib buruk tak dapat dihindarkan apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana adalah rakan sebiliknya di kolej. Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana.
Sesetengah manusia tidak pernah senang melihat kejayaan orang lain seperti Raihana yang masih meneruskan tabiat lamanya yang selalu mendiskriminasi Najwa tentang penyakit yang dialaminya sejak lahir itu. Dapatkah Najwa menempuh segala badai ujian yang mencabar dalam kehidupannya?
Pelakon Sentuhan Najwa
Afifah Nasir, Ryun Ryry, Alif Muhaimin, Faiz Izzat, Jasper Supayah, Aleza Shadan, Zila Bakarin, Roy Azman, Ako Mustapha, Zack Zabhas, Zul Helmy, Ady Mohammad, Sri Idrina, Zati Nizam, Ayu Ayuni
Drama Sentuhan Najwa
Jumlah Episod: 13
Tarikh: 26 Oktober 2022
Hari: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Siaran: Slot Lestary TV3