DramaAstro Ria

Drama 4 Abdul 1 Mohd

Sinopsis 4 Abdul 1 Mohd

Mengisahkan Jabar yang sewaktu mudanya telah berkahwin dengan tiga orang wanita dan menceraikan semua isteri-isterinya dimana dalam masa yang sama mereka sedang mengandung. 50 tahun kemudian, dia mula mencari anak-anaknya untuk membetulkan kesilapannya dahulu. Jabar yang semakin sakit dan uzur berhajat untuk membahagikan hartanya. Namun begitu, Jabar terkejut apabila mendapati anak-anaknya mempunyai mirip muka yang sama! Akan tetapi, pertemuan Jabar dan anak-anaknya membawa bala dan kehancuran kepada keluarga mereka.

Mohd Kasim dibesarkan oleh ayahnya Abdul Jabar sebagai anak tunggal. Dia dikejutkan apabila ayahnya memberitahu tentang rahsia yang disimpan selama 50 tahun lamanya. Abdul Jabar mempunyai anak dari tiga isteri yang terdahulu. Nama mereka bermula dengan Abdul sedang dia Mohd, tambah pula perangai setiap mereka tidak saperti yang Mohd Kasim harapkan. Disebabkan Jabar tidak mempunyai masa yang lama lagi untuk hidup, Abdul Jabar mula berfikir untuk membahagikan harta pusaka miliknya. Robin dan Hamidon telah diarahkan untuk mencari Somad, Hakim dan Wasit.

Pelakon 4 Abdul 1 Mohd

Sabri Yunus, Angeline Tan, Asrul Faizal, Cik Man, Brian Chan, Saidi Sabri, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Norra Nor, Unku Hanafi Harun

Drama 4 Abdul 1 Mohd

Jumlah Episod: 12
Tarikh: 24 Januari 2021
Hari: Isnin-Khamis, 11:00 malam
Siaran: Astro Ria

Related Articles

Back to top button